20 April 2011

Tips Melayan Tetamu Walau Dia Pondan

Salam, 




Assalamualaikum buat saudara se-Islam,
Salam 1 Malaysia buat yang bukan Islam,
Sebenarnya tajuk je yang lebih,
Isi biasa biasa aje.




Kadang kita blur blur nak layan tetamu, mungkin ada yang kita tak kenal, tak rapat dan tak boleh terima keadaan dia termasuk lah sebagai contoh, awak menerima tetamu yang diragui jantinanya hak hak hak. Hey jangan bias tau. Tips kat bawah ni sesuai untuk semua lapisan umur dan umat Islam. Ini saya ada nak share tips untuk awak samua buat bila ada tetamu bertandang ke rumah. Saya tak rujuk kat mana-mana. Cuma ini saya tengok dari cara keluarga Mama amalkan. Dan mana-mana keluarga Islam yang lain. Senang je nak buat tetamu happy. Tak susah mana pun. 




Jemput Masuk
First sekali kenalah jemput tetamu masuk. lebih lebih lagi yang dah kenal. Jangan biarkan diorang lama sangat kat luar, tercegat di pintu pagar. Nak bukak pintu pun tunjuk dan lakonlah skit yang awak bersungguh sungguh. Jangan sambil lewa je tau walau awak penat sangat. 




Jamu Juadah
Kalau malas nak masak bawak je pergi kedai. Tak pun jamu air bujang pun dah mencukupi. Lagi satu nak pesan jangan tengok je tetamu makan. Awak kena makan sekali. Dia bukan datang restauran nak makan sorang sorang. Teman lah dia makan supaya hilang rasa segan. Pesanan mama ni saya ingat sampai bila bila.




Berbual
Berbual buallah. Yang ini saya tak perlu ulas panjang lebar. Saya tau berbual bual adalh kepakaran setiap orang. Mana yang jenis pendiam, banyakkan bertanya dan dengar jawapan dia dengan penuh kusyuk dan ikhlas. Kalau tetamu pun pendiam, bukak TV.




Sepersalinan
Mana yang terima kunjungan tetamu lebih dari sehari. Berilah dia pakaian yang lebih selesa untuk berehat. Kita yang Melayu senang je. Kain batik dan tshirt cotton untuk yang perempuan dan kain pelikat untuk lelaki. Kain towel pun tak kan saya nak bagitau jugakkan hehe.




Briefing
Awak jangan lah ingat tetamu tu dah tau selok belok rumah awak. Bagitau dia kat mana dapur, mana bilik air. mana pintu keluar ke kalau ada kecemasan. Ceh beriya pulak saya. Huhu. Yelah kang tak pasal pasal tersesat dalam rumah. Puas pulak nak mencari. Kalau tersesat kat dapur tak apa, buat nya si lelaki tersesat dalam bilik anak dara awak macam mana?




Pakaian Solat
Telekung, sejadah, patut sedia je terus khas untuk tetamu. letak dalam bilik tetamu siap siap. Kalau tak ada bilik tetamu, bagi je terus masa bagi kat dia sepersalinan tadi. Kan senang? Tak payah lah tanya solat tak, cuti ke tak. Huhu. Tak perlu.




Bilik Rehat
Ni kira bilik tetamu la, tak pun apa apa bilik pun. Kalau tidur kat luar sediakan elok elok. Jangan ambil mudah ni. Tak kan nak tunggu tetamu mintak bantal tilam baru nak tercari cari hehe. tak baik tau. Dia pun segan jugak lo...




Tempat Bersuci
Tunjuk bilik air kat mana. Bilik air biarlah bersih dan pastikan tak ada benda benda "pelik" yang tak seharusnya tunjuk pada tetamu. Paham paham jela ye. Kalau boleh sediakan je berus gigi murah 2 3 batang untuk spare. Dan jugak benda benda pakai buang yang lain. Ceh macam hotel pulak. Ini untuk tetamu yang emergency la kot.




Ucap Selamat
Masa nak balik ni lah paling penting. Kalau isi rumah ada 20orang pun elok kalau semua tampil untuk ucap selamat tinggal. Kan manis. Biar mereka rasa dihargai, dihormati. Tak adalah rasa terhegeh hegeh datang rumah awak. Terasa dia nanti . Huhu.




Dah tu je, selamat beramal.








XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

6 ulasan:

Jay berkata...

betul tu..dan satu lagi yg penting..terimalah tamu anda dgn seikhlas hati...insyallah nt di akhirat allah akan menerima kita sebagai tetamu dalam keadaan yg baik...insyaallah.

phycrewz berkata...

iya klu baru mmg gtula tertibnya.. tapi klu tamu yg hari2 dtg, buat dunno ja..haha

PHYCREWZ

Firdaus Kasim berkata...

kita mmg digalakkan utamakan tetamu malah kena lebih dari keperluan kita.. faham x?

Entri terkini :
Cara Mudah Buat Header Blog yang Cantik !

bahtera hidup berkata...

setiap tetamu yang hadir ke rumah kita, membawa 1000 rahmat. jika kita memuliakan tetamu itu, apabila dia balik, dia akan tinggalkan 1000 rahmat tersebut...

bahtera hidup berkata...

setiap tetamu yang datang ke rumah kita, Allah bekalkan dengan 1000 rahmat. jika kita memuliakan mereka, apabila mereka balik, mereka akan tinggalkan 1000 rahmat itu.

nabilism berkata...

cool and nice tips :)