29 April 2011

William & Kate : Perkahwinan English Macam Tak Best Je?

Salam,


Mesti ramai dok ngadapTv sekarang, siaran astro 707, 735, 107 dok tayang sampai pukul 1 pagi tau. Gempak sangat. Mengalahkan Siti pulak, padahal depa tak pernah jejak kaki pun kat Malaysia tercinta ni.


Ni sajalah nak cerita sikit. Sikit jelah pasal apa, pasal semua dah tulis benda sama kat blog memasing. Saya tak tengok sangat pun ceremony kali ni. Yang ulangan Puteri Diana tu saya tengoklah. Maklumlah kisah dia kan tragis. Tu yang minat tu. Harap Putera William tu setia lah kat Kate. Jangan jadi macam ayahanda dia. Puteri Diana tu sikit punya cun. Dia cari perempuan Camilla tua tu jugak.


 Baju ni boleh pakai dua orang sebenarnya... 
Source di sini


Baju cantik tapi macam ada pelik kat bahagian dada tu. Macam ada kon.  
Source di sini


Perkahwinan kali ni macam bagi semangat baru lah kot kat rakyat dia. Kepercayaan depa kat raja depa makin beransur pulih. Masing masing semangat betul  dengan perkahwinan ni, memang tak heran lah. Kita disogok dari kecil tentang kisah puteri raja. Kisah gadis yang dapat kahwin dengan putera raja kononnya. Sekarang dah jadi realiti. Tu yang memasing excited semacam. 


Baju Kate pun boleh tahan. Memang dok terbayang gaun dia mesti lengan panjang dan veil labuh. So betul lah jangkaan saya. Apa apapun, bagi saya perkahwinan Melayu lagi best kot. Tengok jelah majlis Serina anak Chef Wan tu. Meriah tak hengat. Sampai mak bapak laki Serina pun cakap,


"Perkahwinan di sini sangat hebat, kami tak pernah seumur hidup hadir di majlis sebesar ini. Makanan nya jugak sangat bagus, menjadikan makanan English sangat hambar apabila kami pulang ke London nanti..."




"Kalau saya kawin saya nak pakai ini je, simple nampak suci sikit"


Jom tengok sama-sama gamabr saya masa melawat Istana Buckingham di London suatu masa dahulu. 



 Grr.... selekeh macam cleaner istana je.



 Dah xde posing lain gamaknya..



 Bosan nya....Bosan tul gambar melancong mesti macam skema. 
Nak buat macam mana watak utama bangunan2 tu bukan saya.






 3 ekor Hobbit, kat sana depa anggap kitorang macam baby je.



Ni je gambar dapat snap. yang lain semua video. 
Ada video perarakan pengawal yang berbaju merah dengan topi bulu tu. 
Hik hik hik >__<


Habis


XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

7 ulasan:

Jay berkata...

wow..bestnye dapat g sana??hehehe cik chemp study kat sana ke dulu??

misz myza berkata...

seriosly, td mmg tak layan royal wedding.. byk keje nk kena buat.. kalau tgk pun, bukannya dpt menghalang perkahwinan mereka pun... hehehhehhehee

Chempaka Sari berkata...

haha...

Sha. N. berkata...

hehehe.. sangat exaggerate wedding dorang.. uishhh!!

nuriz berkata...

suka jugak tgk baju baju pengantin diorang ni..agak menutup aurat gak le baju kate hehe

Sha. N. berkata...

http://shatoinvestigate.blogspot.com/2011/04/aku-kau-dengan-allah.html

Cik Chemp, kenapa tak boleh komen yg post scene loya tu??

jan berkata...

best nye dpt g sane...jeles...:(