23 Jun 2012

Kerja Rumah Untuk Lelaki

Assalamualaikum, 


Malam malam sabtu ni memang sedap beronline beronggeng la sampai pagi.
Yang jejantanz pulak mesti tengok bola kan?
Pastu lepas subuh baru tido sampai ler ke petang.
Hish seriau memikior pangai kome ni.


Pesanan khas buat lelaki, remaja yang bersekolah atau sedang menunggu further study.
Sila sila lah buat buat rajin di rumah.
Jangan lah goyang kaki saja.
Dah tak lama dah ni.... esok masuk U susah dah nak cuti.
Lagi lagi dah kerja, dah kawen.
Ini je masa.


Tau korang tak ada duit nak bagi adik adik, mak ayah.
Tapi cukuplah mnyejukkan perut mak mengandung
Sejukkan mata bapak yang memandang dengan:
Buat Kerja Rumah.



Jangan risau ya.
Kamu tak perlu masak rendang atau sup ikan haruan bagai.
Buat kerja yang simpla sudah cukup meringankan beban parents seperti:

1. Masak air minum.
2. Buang sampah keluar.
3. Lap kereta mak dan ayah.
4. Basuh baju kamu sendiri.
5. Pergi kedai apabila diminta tolong.
6. Basuh pinggan cawan sendiri dan mana yang ada di singki.
7. Jemput hantar adik ke sekolah.
8. Buat ais dalam peti.
9. Bukak pagar bila parents balik kerja.
10. Masak nasik bila tengahari.



Jadikan amalan setiap hari.
Simple gila kot. Tapi mampu buat akak abang mak ayah rasa bangga dan sayang.
Tak perlu ikhlas. Ikhlas tu datang sendiri kemudian. Paksa diri dulu.
Nak berlakon pun tak apa. Tak efek apa pun.


Nanti bila korang dah keluar rumah untuk further study, barulah family rasa rindu.
Kalau korang asyik malas je, lepak dengan kawan je, tido je... memang tak lah kan.
Korang ada tak kat rumah family rasa biasa je. Sedih kan? So sila bertindak.


Go go move!



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

4 ulasan:

Unknown berkata...

dh buat semua tu :p

Azza Azman berkata...

@Harith Iskandar bagusnye.... make sure buat hari2 ye..

Arai Lekir berkata...

dalam 10 list tu, ada 1 benda jer yg aku buat... terima kasih kerana memberi kesedaran utk sy menjadi anak lelaki yg rajin :)

Namee Roslan berkata...

hehe.laki buat kerja rumah..nice. mak kata kalau nak cari suami, cai yang ringan tulang...haha