08 April 2011

Jom Solat Subuh Kawan Kawan

Salam, 


Jam sudah menunjukkan pukul 7.05 pagi
Kawan sudah bangun ke
mana yang belum bangun
mana yang belum celik
Walau macam dah lambat je
Masih boleh bangun lagi
bangunlah.....


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, 
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, 
Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ihsan : WAZI84 yang baik hati



XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________
 Jika Suka Sila LIKE

2 ulasan:

Jay berkata...

Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim???kalau belum,cepat-cepatlah kita menunaikannnya..sebelum allah menarik balik semua nikmat yg di beri pada hambanya....

Azza Azman berkata...

Sudah tentulah sudah.. apabila selesai semua barulah boleh bukak laptop hehe.