Salam,
Berapa umur untuk orang cakap kahwin awal dan berapa pula umur yang sesuai untuk orang kata kahwin lambat? Sebenarnya terpulang lah kepada individu tersebut. Bagi saya, kahwin awal dari umur 18 hingga 23 tahun, normal 24 hingga 28 tahun, manakala kahwin lambat umur 28 ke atas. Kalau boleh saya mahu berkahwin pada umur normal. Tak pelik sangat kan?

Bagi orang yang kahwin awal, umur 24 hingga 28 pun dikira lambat tau. Jadi mungkin kalau saya kahwin pada umur tu dikira lambat jugaklah dari kategori kahwin awal ni. Persoalannya disini, manakah lebih bagus? manakah yang kurang risiko dan manakah yang lebih menjamin kebahagiaan? Sekali lagi saya cakap, terpulanglah kepada sesebuah individu tersebut.
Kahwin Awal (18-23thn)
-Orang cakap awet muda, darah muda darah manis. Kalau dah bersalin senang nak kurus balik.
-Mengelakkan maksiat, orang lain dating dgn boipren gepren, dia dating dengan bini. Sweet!
-Belajar berdikari, tak mengharapkan mak lagi nak basuh baju (tapi wifeyang kene basuh, toinkk!!)
-Rezeki ada je yang masuk.
Tapi...
bagi saya macam ada jugak kekurangan dia, yelah kerja pun tak stabil lagi. Nak buat majlis kahwin pun harapkan buit simpanan mama papa. Nak buat kenduri bukan seratus dua, baju nikah je dah seribu ke atas. Kebanyakan umur masa ni masa tangah belajar. Nak membahagi masa jugak bukan semua orang pandai. Lagi satu, nanti ada yang cepat boring sebab awal awal dah kahwin dah mngadap muka pasangan dia. Bila umur dah 30 tiba dia teringat balik apa dia buat zaman muda dulu ye? Eh baru teringat dia tak pernah lagi pergi karaoke dengan kawan-kawan. Kalau teringat je xpe, ini dia sibuk nak buat semua tu balik. Tinggal bini terkontang kanting kat rumah.
Kahwin Lambat (24-28thn)
-Kerja dah stabil, duit dah berkepuk, rumah dah ada.
-Tak de dok teringat zaman muda buat apa je.Kira dah puas merasa zaman bersuka ria.
-Pemikiran lebih matang, berdasarkan pembacaan, pengalaman kawan kawan.
Tapi...
tahlah mungkin saya cakap ni daripada pendapat saya je kot. Perspektif saya yang tengah lapar menunggu makcik cafe menggoreng ayam penyet. Bagi saya time ni metabolisma dah kurang. Buat aktiviti skit dah penat. Orang cakap kalau bersalin pun makin tua makin susah. Nak kurus balik pun kemain susah. Huhu. Simple je ekk perbandingan "Kahwin awal atau kahwin lambat" saya ni kan? Nak lebih pergi google sendiri.Hehe...
(panggg! berlagak awak chempaka)

XOXO, Chempaka Sari
________________________________________
Jika Suka Sila LIKE
3 ulasan:
takmo kawen selama2 nya... hehehe
malaikat aminkan karang baru tau... hehe
nak kahwin bila dah cukup duit, kehidupan dah stabil..:)
Catat Ulasan