29 April 2011

William & Kate : Perkahwinan English Macam Tak Best Je?

Salam,


Mesti ramai dok ngadapTv sekarang, siaran astro 707, 735, 107 dok tayang sampai pukul 1 pagi tau. Gempak sangat. Mengalahkan Siti pulak, padahal depa tak pernah jejak kaki pun kat Malaysia tercinta ni.


Ni sajalah nak cerita sikit. Sikit jelah pasal apa, pasal semua dah tulis benda sama kat blog memasing. Saya tak tengok sangat pun ceremony kali ni. Yang ulangan Puteri Diana tu saya tengoklah. Maklumlah kisah dia kan tragis. Tu yang minat tu. Harap Putera William tu setia lah kat Kate. Jangan jadi macam ayahanda dia. Puteri Diana tu sikit punya cun. Dia cari perempuan Camilla tua tu jugak.


 Baju ni boleh pakai dua orang sebenarnya... 
Source di sini


Baju cantik tapi macam ada pelik kat bahagian dada tu. Macam ada kon.  
Source di sini


Perkahwinan kali ni macam bagi semangat baru lah kot kat rakyat dia. Kepercayaan depa kat raja depa makin beransur pulih. Masing masing semangat betul  dengan perkahwinan ni, memang tak heran lah. Kita disogok dari kecil tentang kisah puteri raja. Kisah gadis yang dapat kahwin dengan putera raja kononnya. Sekarang dah jadi realiti. Tu yang memasing excited semacam. 


Baju Kate pun boleh tahan. Memang dok terbayang gaun dia mesti lengan panjang dan veil labuh. So betul lah jangkaan saya. Apa apapun, bagi saya perkahwinan Melayu lagi best kot. Tengok jelah majlis Serina anak Chef Wan tu. Meriah tak hengat. Sampai mak bapak laki Serina pun cakap,


"Perkahwinan di sini sangat hebat, kami tak pernah seumur hidup hadir di majlis sebesar ini. Makanan nya jugak sangat bagus, menjadikan makanan English sangat hambar apabila kami pulang ke London nanti..."




"Kalau saya kawin saya nak pakai ini je, simple nampak suci sikit"


Jom tengok sama-sama gamabr saya masa melawat Istana Buckingham di London suatu masa dahulu. 



 Grr.... selekeh macam cleaner istana je.



 Dah xde posing lain gamaknya..



 Bosan nya....Bosan tul gambar melancong mesti macam skema. 
Nak buat macam mana watak utama bangunan2 tu bukan saya.






 3 ekor Hobbit, kat sana depa anggap kitorang macam baby je.



Ni je gambar dapat snap. yang lain semua video. 
Ada video perarakan pengawal yang berbaju merah dengan topi bulu tu. 
Hik hik hik >__<


Habis


XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

28 April 2011

Nurul Ain Abdul Salam Si Blogger Yang Humble

Salam,

Kenal tak siapa ni kenal tak....


Macam biasa, saya kalau dah terlalu excited memang tak dapat dibendung lagi. Ni perkara paling excited kot selama 3 bulan saya berblogging. Blogger popular dengan cute nya meng'add' facebook saya. Wow wow wow!!! Diorang ni susah kot nak approve orang melainkan yang dikenali sahaja. Nak approve pun kena bajet-bajet jugak sebab friendlist facebook ada limitnya. Lain la fan page... Fan page dia ni saya dah lama LIKE.



Semalam balik je terus bukak tenet, tengok ada orang add. 
Okay tak pelah. Kalau perempuan saya memang approve. 
Pastu tengok nama, Nurul Ain Abd Salam. Eh macam kenal.


Eleh macam kenal konon, memang kenal lah. 
Hari hari bukak blog dia kot.
Tapi betul ke dia? tak kan kot...
Tipu ah, mesti menyamar ni.


 Dengan selamba badak kembung saya tulis kat wall dia
"Thanks add, tapi ini kak ain yang sebenarkah?"
 Saya tak caya pun, tak palah, kak ain yang Fake pun okay apa.


Hehe. Pastu bukak blog, eh ada follower baru.
Tengok macam kenal je. Klik jap nak jejak dia balik.
Nama blog dia L.O.V.E, eh ni macam blog kegemaran saya.
Eh eh eh dan eh, kak ain follow blog saya lah..! 
Kemudian saya happy semacam. Wohoo..!


Bukak balik Facebook, tengok kak ain senyum kat wall saya.
Baru tersedar ini memang kak ain.


Pastu dia balas kat post saya tu.
Dia cakap la tu memang dia.
Memang nak kena lempang saya ni tak caya plak.
(Malu)


Pastu Kak Teha pulak menyibuk kat post Kak Ain.
Hehe, saya yang malu nak komen 
kat post tu pun terus menyibuk jugak.
Cian Kak Ain terpaksa layan kami memalam buta.
Muahhaha....




Bangun pagi ni pun cek jap blog dengan facebook.
Mana lah tau saya bermimpi je. Huhu.
Rupanya memang betullah.
Thanks Kak Ain sebab buat saya happy!




XOXO, Chempaka Sari




________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

26 April 2011

Bergedik BerCam-Whore 3Hari Berturut @ Old Town

Salam,


Okay okay saya tau saya tak perlulah menggunakan perkataan Cam Whore tu untuk tajuk. Tak senonoh betul. Tapi tak pe lah. Bukan ada apa pun. Sebelum tu saya nak beritahu je yang kami hanya minum kopi dan makan roti bakar je. Semua roti bakar kami balun. Nasi, ayam, sosej kami memang tak pernah makan. Was-was.

Inilah orang yang suka bergambar tu. Amboi kemain lagi... er eh... 

 Er bukan..bukan.. inilah saya yang suka menyepah-nyepahkan
lappy ketika bersarapan.

 Mama, Papa meh pandang sini. 
Sila jangan malu ada anak macam saya.

Makde dengan pak itam pun jangan tak mengaku tau ada 
anak sedara macam saya.

Jemput-jemput semua orang, saya belanja. >__<

Hari ke-2. Boring tunggu order.... Picit hidung bagi memancungkan hidung.

Jap nak cover cun jap. Hah! Muka tetap nampak macam tak mandi.

 Minum kopi ada bentuk love dan pratha.

 Hari ketiga pulak saya sekali lagi membodek mama 
untuk belanja saya yang kehausan. 

Dan sambil bergosip. Saya macam buat tak layan je dengan 
cerita pung pang pung pang mama. Sori la tak sengaja.
 Hehehe..


Erk okaylah, lampu trafik dah hijau. Saya jalan dulu. Bye!  




*** Peringatan: jangan online semasa memandu.







XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________
Jika Suka Sila LIKE

Pencuri Buah Ranum Yang Keji

Salam,




Ah sedapnya buah tu. Gebu je, ranum wangi pulak tu. Kalau tak dapat rasa, dapat pegang pun dah nikmat. Tapi...tapi..tapi...buah tu bukan milik awak. 



Awak tak ada hak.... T__T






Ini adalah wajah-wajah yang mencuri hati saya. Curi yang ini tak apa.
Picture edited by Hafiz Hamdan




Awak semua tau tak pencuri ni wujud di mana-mana? Dan yang dicuri juga bukan sahaja barang tapi macam-macam lagi. Ha..tulah tak tau meh baca.




Curi Buah
Okay, sekarang cuba awak bayangkan. 20 tahun lepas awak ada tanam sekebun durian. Nak tunggu dia berbuah memang berbulu, berjanggut kira semua bulu keluar. Awak, baja, awak siram, awak tuai... eh durian kena tuai ke? Pastu bila durian tu dah berbuah tetiba ada orang nak tuntut kebun jadi milik dia. Bengang tak? Okay kalu takpun, ada mamat indon curi durian awak. Tiap pagi awak nak kutip satu biji pun tak ada. Padahal malam tadi berdentum dentum dengar buah durian gugur. Mesti marah kan bila ingat balik usaha awak 20 tahun yang lepas.




Curi Idea
Itu pencuri yang nampak lagi terang berspotlight. Cuba bayangkan pulak awak memeras idea nak tulis kat blog. Bila dah terkenal follower dekat 20ribu, view berjuta-juta. Tapi ada orang copy paste selamba badak je. Lepas tu claim dia yang tulis idea tu.ei tak malu. At least bagitau penulis asal dan  jangan lupa credit. Itu memang dah procedure kot. Kalau penulis asal tu dah cakap awal -awal boleh copy sesuka hati tak apalah. Tapi elok tulis je nama asal sekali. Baru nampak lebih menghargai skit.




Curi Suami
Last sekali, isu paling sakit adalah CURI suami. Wow wow wow! Perampas suami la senang cakap. Ambil barang tanpa mintak izin dikira curi kan? Kalau kawin dengan suami orang tanpa mintak izin pun samalah. Lepas hati isteri pertama pula sakit...menderita.... apa dosa pencuri yang ini ye? Perampas suami orang ni tak kenal dosa pahala ke atau tak ada perasaan? Pencuri macam ni kalau kita jumpa jom bagi pelampang tahap dewa 8 kali dekat muka tak malu dia. Ada pulak kes sanggup bercerai dengan suami sendiri habis edah je kawin dengan suami orang. Nak cari kebahagian tapi bagi derita kat perempuan lain. Keluarga sendiri hancur, lepas tu hancurkan keluarga orang lain pula. Ish ish ish....




Kesimpulannya, jangan lah mencuri. Buah yang ranum masak mewangi tu memang sedap. Tapi dah bukan hak kita jangan bermimpi. Usaha sendiri. Mana yang nak durian g beli sendiri. Kat bentong ni berlambak durian haha. Mana yang nak artikel best buat research sendiri. Lecturer saya ada pesan, penulisan yang terhasil dari satu sumber bukan lah research namanya, melainkan penulisan dari pelbagai sumber dan nyatakan sumber itu. Seterusnya, kalau nak keluarga bahagia, cari penyelesaian dengan suami sendiri, bukan rampas suami orang lain. Belum tentu awak boleh bahagia atas penderitaan orang lain. Sekian.






*** Kalau sumber setakat dari google image tak apa. En. Google bukan penulis atau researcher pun. En. Google ni search engine je. Hehehe...






XOXO, Chempaka Sari








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

Trick Macam Mana Nak Lajukan Broadband?

Assalamualaikum, 
Kalau tak jawab dosa.


Bagaimana nak lajukan broadband hanya dengan Note Pad? 
Ni semua ilmu yang Bro Azizul bagi pada semua.
Saya tolong sebarkan sahaja.
Semasa saya buat entry ini, internet sangat laju okay.



Saya sepatutnya kena guna perkataan "Stabil" dan bukannya "Laju"
Senang cerita, sebab saya malas sangat nak bercerita. 
Tapi untuk senangkan saya dan rakan rakan sekampung sekalian.
Jom belajar.



1. First Bukak lawan web whatismyip.com 


2. Bukak Note Pad awak dan tulis seperti di bawah ini :
c:\windows\system32\ping -t


 3.  Pastu copy IP adress yang dapat kat laman web whstismyip.com tadi. 
Letak di antara perkataan "ping" dengan "-t". 
Make sure ada satu space sebelum dan selepas nombor ip address itu.
Macam yang saya gariskan dalam gambar di bawah.


4. Then, save kat desktop, rename siap-siap dengan nama ping.bat.
Macam contoh yang saya bulatkan di bawah. 



5. Keluar la icon macam ni di desktop awak. Bukak la icon ni pastu....


6. Pastu biar dia running macam ni selama awak semua ber'online.
Selamat mencuba. 




Ulang balik langkah 1 sampai 6 setiap kali awak connect internet.
Sebab setiap lokasi dan masa adalah berlainan IP addressnya. 

Nak tau lebih lanjut,
Silalah baca di sini.
Dah bukak dah? 
Bagus, jom Follow saya.
Eh tipu je, saya ikhlas.


Sporting tak Bro Azizul ni? Jom layan blog dia.


XOXO, Chempaka Sari





________________________________________
Jika Suka Share Kepada Kawan di Facebook Dengan Klik LIKE

25 April 2011

Bukan Susah Pun Nak Rasa Kaya

Salam,




Bukan susah pun nak fikir diri sendiri tu tak susah. 
Bahagialah dengan diri sendiri. 


Chemp nak luahkan pendapat je. Kalau tak setuju, berilah komen ye. Kritikan membina tu amat penting. Bagi silent reader, tak pe tak bagi komen tapi fikir fikirkan lah apa saya nak cakap ni. Ini mengenai manusia yang tak penah rasa cukup. Dah senang nak kaya, dah kaya nak kaya raya, dan itu pun belum rasa cukup lagi. Alasannya, hidup ni duit tak pernah cukup.




Itu alasan bagi yang kuat nafsu. Nafsu awak besar sangat. Kalau gaji pegawai kerajaan, janganlah asyik memikirkan nak beli Lambo. Memanglah tak cukup. Pastu awak mula rasa yang awak ni miskin papa kedana. Hey come on! Cuba pandang orang bawah awak. Ramai lagi yang lebih susah lebih payah. Bersyukurlah.




Awak boleh je bermewah tapi mewah dengan kemampuan diri. Kalau gaji kecik, tetiba rasa nak belanja kawan makan, pergilah ke gerai-gerai. Gerai pun makanan dia sedap. Harga pun murah. Jadi boleh belanja makan sebanyak banyaknya. Kan dah mewah tu. Kalau rasa tetiba nak bawak restauran mahal. Kan awak dah rasa miskin. Pastu nak kena ikat perut pulak. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan cuba nak jadi orang lain. 


Kalau kita pergi tempat ni mesti tak pasal pasal kita rasa sedih, padahal diorang tak rasa papepun. Mana yang susah tu memang betullah susah. Tapi ada sesetengahnya dah rasa itu memang kehidupan dia, kalau kita bagi banglo sebikjik pun dia tolak. Maknanya, dia sangat happy dengan kehidupan dia sekarang. 




Tadi teman mama pergi hospital. Saya memerhatikan je sebuah keluarga ni. Seorang baby dia umur setahun lebih asik merengek-rengek. Keadaan mereka sangat daif. Tak payah lah saya cerita pulak keadaaan tu lebih teperinci. Urm daripada nak cerita orang tu sangat menyedihkan nanti awak semua ingat saya nak mengutuk pulak. Huhu sebab tak pandailah nak mengubah ayat-ayat ni.




Masa sibuk memerhati, saya fikir diorang ni macam bahagia je, muka tak ada masalah pun, diorang tak rasa ke diorang tu susah dan pastu rasa rendah diri. Terselit rasa kagum pada anak-anak pasangan tu. Yelah mungkin diorang masih kecil tapi saya dapat rasakan yang diorang bahagia je, rasa kaya je. Paret diorang pun tak muka muka simpati ke apa ke. Wah kagum, tapi campur sedih pun ada. Teringat pulak mana-mana yang asik rasa duit tak pernag rasa cukup.




Baiklah, berceramah pulak saya malam yang hening ni. Maklumlah, mood ceramah belegar-legar dalam kepala sebab kerap pulak saya ikut mama papa pergi masjid. Hehe. Ingat, terutama pelajar, kalau rasa duit PTPTN tu tak cukup je, cube fikir ke mana dah awak laburkan duit tu? Gi salon ka... teater ka... melancong ka... pastu mengagau cari duit bila lecturer mintak beli buku. Pastu merungut. Lu pikirlah sendiri. 




Salam 1 Malaysia. Malaysia Boleh. 




***Yang penting, usaha untuk menjadi lebih baik dan bersyukurlah. Sebab miskin pun boleh membawa kemungkaran. Pesanan ni khas untuk yang dah kaya, tapi still merungut dan fikir diri tu miskin.




XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

20 April 2011

Tips Melayan Tetamu Walau Dia Pondan

Salam, 




Assalamualaikum buat saudara se-Islam,
Salam 1 Malaysia buat yang bukan Islam,
Sebenarnya tajuk je yang lebih,
Isi biasa biasa aje.




Kadang kita blur blur nak layan tetamu, mungkin ada yang kita tak kenal, tak rapat dan tak boleh terima keadaan dia termasuk lah sebagai contoh, awak menerima tetamu yang diragui jantinanya hak hak hak. Hey jangan bias tau. Tips kat bawah ni sesuai untuk semua lapisan umur dan umat Islam. Ini saya ada nak share tips untuk awak samua buat bila ada tetamu bertandang ke rumah. Saya tak rujuk kat mana-mana. Cuma ini saya tengok dari cara keluarga Mama amalkan. Dan mana-mana keluarga Islam yang lain. Senang je nak buat tetamu happy. Tak susah mana pun. 




Jemput Masuk
First sekali kenalah jemput tetamu masuk. lebih lebih lagi yang dah kenal. Jangan biarkan diorang lama sangat kat luar, tercegat di pintu pagar. Nak bukak pintu pun tunjuk dan lakonlah skit yang awak bersungguh sungguh. Jangan sambil lewa je tau walau awak penat sangat. 




Jamu Juadah
Kalau malas nak masak bawak je pergi kedai. Tak pun jamu air bujang pun dah mencukupi. Lagi satu nak pesan jangan tengok je tetamu makan. Awak kena makan sekali. Dia bukan datang restauran nak makan sorang sorang. Teman lah dia makan supaya hilang rasa segan. Pesanan mama ni saya ingat sampai bila bila.




Berbual
Berbual buallah. Yang ini saya tak perlu ulas panjang lebar. Saya tau berbual bual adalh kepakaran setiap orang. Mana yang jenis pendiam, banyakkan bertanya dan dengar jawapan dia dengan penuh kusyuk dan ikhlas. Kalau tetamu pun pendiam, bukak TV.




Sepersalinan
Mana yang terima kunjungan tetamu lebih dari sehari. Berilah dia pakaian yang lebih selesa untuk berehat. Kita yang Melayu senang je. Kain batik dan tshirt cotton untuk yang perempuan dan kain pelikat untuk lelaki. Kain towel pun tak kan saya nak bagitau jugakkan hehe.




Briefing
Awak jangan lah ingat tetamu tu dah tau selok belok rumah awak. Bagitau dia kat mana dapur, mana bilik air. mana pintu keluar ke kalau ada kecemasan. Ceh beriya pulak saya. Huhu. Yelah kang tak pasal pasal tersesat dalam rumah. Puas pulak nak mencari. Kalau tersesat kat dapur tak apa, buat nya si lelaki tersesat dalam bilik anak dara awak macam mana?




Pakaian Solat
Telekung, sejadah, patut sedia je terus khas untuk tetamu. letak dalam bilik tetamu siap siap. Kalau tak ada bilik tetamu, bagi je terus masa bagi kat dia sepersalinan tadi. Kan senang? Tak payah lah tanya solat tak, cuti ke tak. Huhu. Tak perlu.




Bilik Rehat
Ni kira bilik tetamu la, tak pun apa apa bilik pun. Kalau tidur kat luar sediakan elok elok. Jangan ambil mudah ni. Tak kan nak tunggu tetamu mintak bantal tilam baru nak tercari cari hehe. tak baik tau. Dia pun segan jugak lo...




Tempat Bersuci
Tunjuk bilik air kat mana. Bilik air biarlah bersih dan pastikan tak ada benda benda "pelik" yang tak seharusnya tunjuk pada tetamu. Paham paham jela ye. Kalau boleh sediakan je berus gigi murah 2 3 batang untuk spare. Dan jugak benda benda pakai buang yang lain. Ceh macam hotel pulak. Ini untuk tetamu yang emergency la kot.




Ucap Selamat
Masa nak balik ni lah paling penting. Kalau isi rumah ada 20orang pun elok kalau semua tampil untuk ucap selamat tinggal. Kan manis. Biar mereka rasa dihargai, dihormati. Tak adalah rasa terhegeh hegeh datang rumah awak. Terasa dia nanti . Huhu.




Dah tu je, selamat beramal.








XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE