09 April 2011

Wah Rindunya Si Bucuk Roomate Lama

Salam,




Atun, Atun, Atun, Atun Bucuk!
Hey saya rindu kamu, kamu tahu?
4 tahun dah, 4 tahun dah
Surat buat Atun bermula disini..




                     Kehadapan Atun yang dirindui, 


(kalau Mama baca mesti dia bangga sebab ikut format karangan BM sepenuhnya) 


Aku harap kau tak baca surat ini (???). Sebab tentulah aku malu. Semalam kau mesej aku cakap yang Mr. Nice Guy bagitau kau aku rindu kat kau pun dah buat aku malu + geli. Tapi nak buat macam mana perasaan tu datang sendiri. >__<


Ingat tak dulu kita selalu tidur sama sama. Bangun subuh sama sama. Gosip sama sama dengan Adibah. Adibah kalau baca surat ni jangan bagitau Atun tau? Anyway aku rindu kat kau jugak Adib. Ingat tak kita bertiga dulu selalu main tarik tarik towel yang menutupi kepala. Bengang kan sebab kita perlukan masa nk keringkan rambut tapi kene tarik pulak.


Ingat tak rakaman Melampau yang aku buat dengan Adib masa kau tengah kusyuk study? Masa kau tengah kusyuk study aku dan Adib sarung kepala kau dengan towel. Again, towel adalah senjata utama kita 4 tahun lepas. Rakam pun dengan camera hp je. Masa tu kita susah tapi happy kan?


Ingat tak (sob sob sob) kita bertiga pernah pagi Mahallah Aisyah untuk beli juadah berbuka puasa then kita kongsi lauk. Ingat tak kita selalu pergi Pasar Malam Seksyen 16 setiap minggu. Pastu kita balik dan makan sama sama. Urghhh really miss that moment. Korang semua entah ingat lagi tak moment tu kan. Hehehee.


Kesimpulannya, aku rindu dengan roomate macam korang. Rindu sangat. Sekarang dah final year. Dah tak dan dah nak merasa ada roomate macam korang lagi. Tapi tak apa. Aku doakan korang, Atun & Adib berjaya capai impian korang secepat mungkin. Bye! 








*** Thanks to Mr. Nice Guy sebab sudi meluangkan masa baca blog merepek saya.








XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________
 Jika Suka Sila LIKE

1 ulasan:

atiqah razali berkata...

sure sgt.. korang mmg havoc kot kat bilik 943 tuh...hahha...ye ke? haha
nnt kita tlg kim salam kat atun eh...heehhe