- Bila      artis pakai seksi dia paling gelabah, disuruhnya artis tu pakai sopan.      Bila pakai sopan dia suruh pulak artis tu pakai tudung. Bila pakai tudung      dia suruh artis tu berhenti jadi artis. Tapi baru tadi dia balik dari      tengok wayang artis tu berlakon. Haha!
 
- Bila      orang kaya menderma, dia kata nak lari dari cukai. Bila derma masuk      berita, dia cakap buat baik tak baik heboh heboh kan. Kalau dia tak tau      orang kaya tu derma ke tak, dia kata orang kaya tu kedekut mengabiskan      duit rakyat.
 
- Suka      sangat sebut “alahai orang melayu…” bila orang Melayu lain buat salah      sikit. Heheh. Dia tu orang puteh kot na. Bila orang Melayu pergi shopping      masa Cristmas Sales pun dia tak puas hati. “Alahai orang melayu..” 
 
- Suka      sangat komplen belakang kerajaan tak buat ini, kerajaan tak buat itu.      Depan rumah dia tak ada lampu jalan pun merungut. Tapi bila ada mesyuarat      JKK dia tak datang. “Public Participation” yang Local Authority anjurkan      dia tak datang. Maklumlah sibuk berkebun, tambah pokok depan rumah.
 
- Mudah      sangat melatah, Cikgu Shida post video macam tu pun nak sentap. Yelah aku      pun tak tahan tengok video tu tapi cubalah berfikiran positif sikit. Dia      ada ramai anak murid yang sukakan dia tahu, sebab berperangai begitu. Yang      lain lain kena ingat makin dikeji, makin glamor Cikgu Shida. Merasa masuk      TV dan Radio. Tapi kita ada kat mana? Masih mengutuk tiap kali bukak video      dia.
 
- Mengutuk      Filem melayu. Belum apa-apa lagi, tengok trailer pun belum dah cakap “Eii      tak pernah dengar pun. Apa? Merong? Wangsa? Wangsa walk aku tau lah.”
 
- Dengki      mendengki. Sangat tidak bekerjasama dalam perniagaan. Sebab tu Melayu susah      nak kaya. Lemah. Aku pergi satu gerai semalam, aku nak order satay.      Selamba kakak tu cakap, “Kalau nak satay order sendiri”. 
 
- Kalau pasal      perjuangan Melayu, dialah orang nombor satu yang sanggup berjuang untuk      mempertahankan Ketuanan Melayu. Ramai yang akan turun berdemonstrasi,      bakar bendera, koyak poster, pijak poster, buat banner tulis ayat-ayat      mengutuk bangsa lain sebagai "pendatang" dan macam-macam lagi. Tapi      bila ditanya, apa itu Ketuanan Melayu? Haram dia tak tahu. (aremierulez.blogspot.com)
 
- Suka      ‘kondem’ atau melemahkan semangat orang lain bila seseorang tu nak      berubah. Bukan nak bagi semangat atau dorangan, macam mana kita melayu nak      maju kalau orang melayu yang menjatuhkan bangsa sendiri.
 
- Janji Melayu. Itu Aku.
 
Memang dah sebati. 
Kalau ada meeting pukul 9 terpaksa cakap pukul8.30. 
Kesian pada yang jenis Janji Jepun, dia datang pukul 8. 
Yang ikut Janji Melayu pulak datang pukul 9.30. 
          Huhu. Yang baik selalu teraniaya.
XOXO, Chempaka Sari.
__________________________
1 ulasan:
btul btul btul.aku sokong ;)
Catat Ulasan