22 Mei 2011

Makhluk Aneh Bercantum Di Taman Tasik

Salam,


Entry kali ni mungkin kasar. Tak apa sebab bengang sungguh ni. Bengang tahap gaban. Walaubagaimanapun "saya" tak akan bertukar menjadi "Aku". Saya tetap saya.


Ceritanya macam ni, tadi makan bekal yang mama sediakan dari rumah bawak kat kat taman tasik titiwangsa. Stesen bas pekeliling kan dekat dengan taman tasik titiwangsa. Mujur ada Mr. Nice Guy. Tumpang la dia. Tengah syok syok makan dengan lahap, tiba-tiba mata saya menangkap seekor makhluk yang berkelakuan aneh. Pastu toleh kali kedua.... eh dua ekor la makhluk tersebut. Dua ekor okay, pembetulan. Mereka bercantum! Aneh kan?




Pastu makan lagi tanpa pedulikan mereka. Lantak awak lah nak cantum ke melekat ke. Kalau tak cukup gam UHU meh saya tambah dengan kuah ikan bawal yang mama masak ni. Lepas makan kami pun berkemas. Sekali lagi makhluk tu menarik perhatian dua biji mata saya yang cute ni. Yang jantan baring atas riba perempuan. Hai ngantuk benar awak ya. Eh apasal dia dok singkap singkap tshirt perempuan tu eh? Cek benang tercabut kot. Saya berfikiran positif. 




Mr. Nice Guy pun perasan pastu dan beritahu kat saya. 
Saya jawab,"Dah lama perhati diorang", 
Mr. Nice Guy balas "Ala kenapa tak cakap awal-awal"
"Eh kenapa pulak, tu pun nak tengok.."
"Tak de lah kalau awal tadi boleh saya cegah"

(-_-')



Nampak benor menipunya Mr. Nice Guy nih. Pastu secara serentak kami keluarkan spek mata hitam. Hua hua hua. Buat pandang ke depan tapi jeling ke kiri. Free beb. Banyak sangat adegan yang tak reti saya nak ulas kat sini. Tapi serius rasa geli tahap dewa.


Lepas tu nak jalan balik terserempak dua pasang makhluk lagi. Yang pertama tu perempuan dok beselimut jaket kulit sambil ngadap laki tu. Ape ke sejuk benor pukul 3 petang kat taman tasik tu sampai berselubung camtu. Yang kedua tak yah cakap lah. Rasa nak snap je gambar sebab tak mau korang fikir saya tipu. Si perempuan duduk atas meja. Selamber gila parking kaki dia dok lilit pinggang laki. Laki tu duduk atas kerusi ngadap si perempuan. MELAYU! 

Pastu kami pun jalan laju laju.
Tengok orang main rugbi sentuh sambil tiup belon buih lagi seronok.


Persoalan, kenapa ye tak de aktiviti lain kah selain aktiviti cantum cantum kat taman eh? Banyak je boleh buat. Contoh tadi ternampak En.Yayang Kak Ain main kereta control. Lebih Cool Lebih Comel Lebih Berfaedah. Suka gitu....(tajuk lagu Gula-Gula M-Pop). Suka Gitu!


Okay tu jelah membebel. Adios amigos!


XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________
Jika Suka Sila LIKE

10 ulasan:

snOw sakura berkata...

siang2 ada jugak?? apa la nk jd.. haish!

Azza Azman berkata...

tu lah geram betul...

arituarini berkata...

ni biasa tgok dah ni..org pngil makhluk ni "ayam mengeram" ni..hehehe..

Azza Azman berkata...

tapi serius ni kali pertama Cik Chemp nampak.. dah 5 tahun lepak2 kat taman tu tak pernah pun nampak.

restu resort berkata...

2 sakit berjangkit, jgn dekat2..

Jay berkata...

itulah namanya manusia yang tak der ilmu..kalau suami isteri takyahlah kat luar..kat rumah pun jadik..tapi kalau bukan kene cegah tu..huhuhu..takkan dorg tak fikir sensitiviti orag ramai kat sana..maunya budak2 kecik yg nengok takke naya..huhuhu

Unknown berkata...

haii..nice blog...=)

ILA HonEyBuNNy berkata...

ish2..kata taman tasik ttwgsa mmg selalu macam tu kan..

kadang2 rasa nak letak ja ayat Quran bagi kesedaran kt diorg..dah la orang melayu..memalookan lah..

Juwita Afifah berkata...

alaaa, saya belom penah dpt tgk lagi. hahahaha.

gurau je cik chemp. jangan marah ek. saya x penah pegi taman. sebab tu kot saya x penah nampak makhluk2 mcm tu. =P

sy dtg follow =)

iedaurora berkata...

kat taman2 mmg slalu ade, nak joging petang2 pun takut....