04 Julai 2011

5 Sebab Musabab Menjadikan Ber'Couple' Itu Haram

Salam, 







Ini entry copy paste dari seorang kawan di Facebook. Kalau awak tau dimana asal artikel ni beritahu saya ye..... Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :




PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,bersuka-suka dan sebagainya.







KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai keperingkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti didalam pertemuan (dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.  


Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : "sesuatu yang membawa kepadayang haram, maka ia juga menjadi haram." Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.






KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang silelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akanbertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. 


Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang diluar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.





KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.



Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men top up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sanga tremeh dan tidak perlu. 


Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)








KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan dihadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.



(Rujuk kitab al-Halal wal HaramFil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)



Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu. (Ali bin Abi Thalib)


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

15 ulasan:

Jay berkata...

sokong sgt...hehehehe..

Unknown berkata...

menarik info2 ni.. pernah couple 2 kali je... tu pun time budak2 lg..

jom puasa bulan sya'ban
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-puasa-bulan-syaban.html

SiS NaD berkata...

Salam Azza...

Wah!~ Entry yang baik... Sis baru first time baca so Sis tatau siapa yang ulas perkara ni.... Huhu!~

Teha Nur Fateha berkata...

masalahnya org sekarang mcm dh lumrahnye mcm tu.nsb baik i x bercouple u...bercouple2 jgk jom tgk kfc malaysia komen blog kome weh!

Bella Heuheu ❤ berkata...

errrrrr. cane nak komen ni eh. nk jadi single balik ar cenggini. T__T

Azza Azman berkata...

hahha saya pun...ni peringatan untuk diri sendiri je... elakkan lah 5 perkara diatas...kan kan kan?

Aimie Diyanna berkata...

cempaka sari.. :) nice entry kot.. haha..

feel free t drop your komen here eh >> http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

harap sgt jasa baik awk :)

kyo_9 berkata...

alhamdulillah..
rasa kagum bila berada di dalam golongan "mereka2 yg bebas dari kongkongan couple" ;)

ku-cit berkata...

gd entry

KAMIHIDUP berkata...

bagi KAMI, bercouple ni akan menjerumus ke dosa, takde yang +ve pun KAMI nampak.

BroZooL berkata...

Lebih elok bercouple dan bercinta lepas kahwen..kenali pasangan dengan lebih dekat lepas kahwin..

tamlegend berkata...

setuju...y bercouple tu jgn terus putus lak lepas baca entri cik cempaka ni...hold dlu...letakkan matlamat. kalo ada jodoh tak ke mana...sementara tu simpan dlu...betulkan cik cempaka???kan?kan?

Azza Azman berkata...

betul tu... rancang kawen cecepat..hehhe

Shahbri berkata...

betul jugak.. Cintailah pADA yANG MAHA ESA SAHAJA IAITU CINTA YANG SUCI LAGI MURNI..

Ahmad Uzair berkata...

Baru td keluar dgn makwe..tak sentuh pun..bukan berdua2an..dgn mkck dia hehe