24 Mac 2011

Tips Gadis Yang Ketiak Tengik

Salam kengkawan,


Hari ini di hari yang mulia ini saya nak buat segment baru memandangkan saya ada beberapa pengalaman yang boleh dikongsi bersama rakan rakan hehe, malu pulak walaupun follower saya ada 20 orang je. Tapi makcik tak kisah huk huk huk. Makcik tetap nak share dengan cucu cucu semua. Huk huk huk mari batuk bersama sama ala-ala mak nenek :~)


Jangan layan gambar ini


Tips pendek yang saya nak share kali pertama adalah bagi kengkawan yang merasakan ketiak dia mudah berpeluh dan berbau. Makcik eh saya tak mau copy paste dari internet lain. Ni semua dari pengalaman saya je. Alamak kantoi saya pun berbau tengik T_T. 


Gurau.


Tolong jangan senyum sinis, saya nampak korang dari sini okay. Kengkawan sebenarnya tak payah lah beli deodorant dekat rm10 sebotol dekat Watson. Saya tau kengkawan beli sebab nak nampak cool memandangkan botol spray deodorant tu sangat cantik elegant lagi berani. Ada ke botol berani? Tapi bila ketiak tengik kan dah tak cool...


Kapur sirih RM2.50 + Limau nipis Rm1.00 empat bijik

Macamni, setiap minggu bolehlah menyapu kapur sirih yang dicampur dengan air perahan limau nipis ke ketiak selama 10 minit. Ala masamandi tu boleh je sapu sementara korang gosok gigi dan gosok apa yang patut. LOL~ Okay saya serius, petua ni memang menjadi. Dan tak ada side effect pun. Kalau korang amalkan, pasni kalau korang tertinggal deodorant kat rumah jiran pun boleh survive lagi kalau sehari tak pakai deodorant. Tak tipu.


Baiklah, sekian tips mengetips dari Chempaka Sari.
Salam.












XOXO, Chempaka Sari






________________________________________

7 ulasan:

Asyraf berkata...

widget pelawat terkini tu bikin kantoi je...
ade jugak ye gadis yang ketiak tengik..
dollah hapak patut baca ni...

Azza Azman berkata...

hehe bgitau la dollah hapak, tapi dolah hapak tu bukan gadis, mybe die kene pakai clorox kot..

maidaribendang berkata...

Dolah Hapak kena taru garam dan kunyit...baru hilang bau...hehehe

SyerAgh berkata...

susah nak carik limau.. mlas nak p pasar. ha2

Azza Azman berkata...

petik he kat umah jiran haha

SyerAgh berkata...

jiran kdekut

myra berkata...

sgt informasi....(mcm kena je dgn dri sndri)..huhuhu