02 April 2011

Fail Exam Boleh Membawa Kematian

Ini serius, bukan olok-olok. Tidak cemerlang dalam final exam boleh membawa kematian. Inilah akibatnya kalau banyak termenung semasa exam. Saya demam ketika menjawab exam semalam lalu berhalusinasi sendiri tatkala memikirkan bahawa saya akan lulus exam kali ini atau tidak. Terciptalah sebuah teori yang mengatakan "fail exam boleh membawa kematian"



Inilah teori saya cipta semasa menjawab exam semalam.



fail exam = kena repeat

kena repeat = malu

malu = rendah diri

rendah diri =  tak fokus belajar

tak fokus belajar = fail lagi

(sila ulang tiga kali lepas tu baru boleh sambung baca)

fail lagi = tak grad

tak grad = tak kerja

tak kerja = tak berduit

tak berduit = kekasih lari

kekasih lari = makan hati

makan hati = kurus

kurus = tak cantik

tak cantik = tak sihat

tak sihat = tak kawin

tak kawin = takda anak

takda anak = takda waris

takda waris = parent bising

parent bising = tertekan

tertekan = pegi genting

pegi genting = main roller coaster

main roller coaster = rasa pening

rasa pening = muntah

muntah = orang marah

orang marah = kene lempang

kena lempang = mati



Sekali lagi entry mengarut dari Cik Chemp, beliau tidak sihat jadi tidak boleh menulis entry yang cerdas. Sekian.



***Facebook saya kene hack, takut nya orang tu buat apa apa pada facebook saya.



XOXO, Chempaka Sari.




 ________________________________________

3 ulasan:

Miss Twinkletoes berkata...

hahaha..manela cik chempaka dapat mende ne..tegelak2 datin nad bace!

Sha. N. berkata...

hahahahhahaha..pandai cik chemp punye teori

Azza Azman berkata...

haha, cik nad dan cik chenta, sekian cik chemp mengarut di siang hari. Inilah akibat bila tidak dapat keluar pada cuti umum.