Salam.
Berita hari ini melaporkan ada satu penemuan baru iaitu "tips menghapuskan jerawat di belakang badan" menggunakan sabun Daia yang bercampur Softlan warna ungu.
Ok tu iklan je. Meh sini saya akan berkongsi ilmu saya sendiri macam biasa. Saya tak suka copy paste macam Adik Copy Paste. Hehehe jangan marah ye adik.
Petua ini memang berkesan, boleh buat tiap-tiap hari tanpa perlu kisar jintan manis lah, petik pucuk betik lah, lumur daun sirih lah dan tumbuk beras hitam sampai hancur.Hehe. Petua Cik Chemp yang simple ini hanya menggunakan pencuci muka yang awak biasa pakai sahaja. Mudah kan?
Macamni, masa awak mandi tu kan... sementara gosokgigi+cucimuka+shampoorambut bagai, bolehlah sapu pencuci muka tu jugak pada belakang badan anda dan biarkan. Tak payah buat hari-hari pun tak apa. Seminggu sekali cukup. Nak lebih berkesan, picit lebih kurang satu centimeter pencuci muka yang biasa awak pakai tu atas span mandi atau loofah. Pastu sapu pada belakang badan 2-3minit. Amalkan InsyaAllah jerawat akan berkurangan.
Kepada lelaki nak tau loofah tu apa?
Ini dia Cik Loofah yang Comel
Saya tak cakap awak tak reti jaga kebersihan, tapi biasalah timbul jerawat di belakang badan akibat stress dan tidak cukup tidur. Bila masa kerja berlambak-lambak, mesti cik jerawat pun datang. Kalau jerawat dah berkurangan, sekali sekala masih perlu lagi buat petua ni. Supaya tidak berulang.
Selamat mencuba!
XOXO, Chempaka Sari
________________________________________
7 ulasan:
mana p facebook?
tgn xsmpai la.. haha.. tp mslh nye jerawat ni byk sgt la.. adoii..
Aswad : facebook kene hack, so deactive dulu. xde masa nk godek2 lagi.
cengkerang : sebab tu kene guna loofah, byk jenis loofah jual kat farmasi. G google then pilih mengikut hati. hehe
tu dah komen bagai...tips tok jerawat kat muka xdak ka, byk sangat ni~
Wah! menarik juga yer tips ni. Apa2 pun selamat berkenalan =)
selalu buat macam ni, tak pernah lah pulak perasan berkesan atau tidak.
lol
tips yang best. tak pernah terfikir pun. harap3 berkesan. thanks!
Catat Ulasan