27 Mei 2011

Berlakon Baik Jalan Pun Tunduk Menjilat Lantai

Salam, 



" Nampak je baik, jalan pun tunduk konon sampai kau nak jilat lantai....! "
" Amboi gatal miang yang kau jumpa dah jantan memalam apehal dah gatal sangat bur** tu?" 

Wuwuwu sob sob isk isk....Sedih tak kalau ada orang cakap macam tu kat awak semua? Kata-kata ni bukan ditujukan kat saya pun tapi pada kawan saya. Tapi sentap beb, siapa tak sentap. Inilah kisah kejam kami satu batch tahun 2002 dulu. 


Saya dulu sekolah asrama. Tapi bukan asrama penuh pun. Sekolah kampung yang student pun budak-budak felda dan kampung yang laki SUKA-SEPAK-BUDAK yang kakak-kakak SUKA-BULI-MAKI-CACI-JUNIOR macam bagus. Saya pun tak tau kenapa saya nak masuk sangat asrama neraka tu walhal rumah sekangkang kera je. Kawan-kawan cikgu-cikgu best tapi senior macam #$^&!


Semasa kami memula masuk sekolah tu tahun 2001 kami selalu kena buli. Tapi ada warden yang sangat sayang batch kami. Kami pun beritahu lah cerita yang sepatutnya kat warden kami tu semasa dia mengajar di dalam kelas. Contohnya, senior form 4 selalu paksa kami:


ambilkan makanan>  pemalas berat punggung bukan sakit pun
memotong barisan di dewan makan>  bayangkan form 2,3,4,5 tak beratur pun
conteng cadar kami >  semata-mata nak buat kira-kira math
marah tak tentu pasal>  misalnya sebab kami tak pandang muka bila bertembung
dan paling sob sob raba salah satu kawan kami > nafsu binatang

Lepas tu ada perjumpaan tergempar, warden yang hebat pun panggil sorang-sorang yang selalu buat onar kat kami. Kecut jugak muka diorang. Batch form4 la watak jahatnya. Siap warden tu raba balik diorang depan semua orang. Masa tu saya puas sangat tapi tahan je senyum. Takut! Tapi hah puas!


Malangnya tahun seterusnya warden kami pindah. Tak de warden nak ganti pun. Form 4 pun naik form 5, tahta meraka semakin berkuasa. Awal-awal tahun batch kejam tu buat post-mortem ke pebende tah. Kami memang ketar kepala tak tau nak cakap. Petang tu diorang panggil kami semua then maki caci tanda tak puas hati dengan kami dari tahun lepas. Macam-macam diorang bagi tohmahan yang tak sopan. Memang tersebak tersedak jugaklah kami. Meleleh air mata wa tak tau nak cakap.


Sorang-sorang dari kami dipanggil duduk melutut depan diorang. Diorang reramai memang dah plan yang setiap sorang dari mereka akan diberi peluang nak cakap ape tak puas hati dari tahun lepas kat kami. 


Pastu dia bukak satu-satu kesalahan, aib kami. Hal dalam kain pun semua diorang ungkit. Hal pakwe, hal basuh kain, hal kedekut biskut, hal tak bagi diorang potong line kat dewan makan semua diorang marah. Ayat saya ingat sampai sekarang ayat kat atas tu lah. Meh saya taip balik ye perkataan yang kakak-kakak tu guna:


pund**, bur**
puki**k
selenge
capup                   <Ni semua bahasa kasar yang popular kat Bentong masa tu>
cib*i, but**
gipang, gampang 
shapat, bangang
bodoh dan semua macam macam tak terkira....

Macam zaman hitler masa tu. Sampai sekarang saya macam tak boleh nak lupa saat saat tu. Nak maafkan diorang iya boleh tapi perbuatan diorang tu saya akan ingat sampai bila bila. Saya harap sangat sekolah tu dah tak macam dulu dulu lagi. Amin...


Sekian...

XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

8 ulasan:

Sha. N. berkata...

Jahat giler senior! da mcm budak juvana dah!haha..

Unknown berkata...

huh , igtka perempuan x mcm tu... harap2 dpt jumpa ppuan cmtu jadi kawan ... haha .. yg pelajar tu ppuan raba ppuan or laki raba laki ?

FULL VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9
http://www.mrkodet.com/2011/05/live-video-maharaja-lawak-minggu-9.html

Azza Azman berkata...

hmm perempuan la raba junior perempuan.... berkawan seronok la dgn perempuan macam tu klu kawen hancor

Teha Nur Fateha berkata...

teruknya sekolah tu yek.nsb baik x msk situ.kah3...

shapat tu perkataan baru ke?x penah dgr pn..

Azza Azman berkata...

la..tak pernah dengar ke shapat.. ce sebut sengau2 sikit.

Mrs Nurul berkata...

alaaahaaii ciannye = ( sabar je laaa...dosa tau wat orang camtuu

Anna Boleyn berkata...

1st time dtg sini dr blog ben. jom jln2 blog kte blk jom. :)

cik azeya berkata...

macam asrama saye dulu je. senior ikot kepala sendiri. bile dorang dah blah baru rasa lega.

tapi ade sorang senior ni saye tak dapat nak maafkan die sampai bile2.

ade ke kejut saye malam2 sebab nak suruh bace bed time story bagi dia tidur. watder. saye ikotkan jelah. sebab pegang title JR punye pasal.

urgh. sakit hati kalau fikir pasal dia. tak tahu dia sekarang dekat mana. tah2 dah mati. -_-