Gua bengang bengang sayang beb kat adik gua. Rasa nak pulas pun ada gak kat bibir comel adik gua tu. "Hoi lu pahal ar suka mengadu domba kat mama?" Hehe gurau je. Ber gua lu gua lu pulak.
Daniel padan muka kau, akak telah menghukumu dengan
memasukkan gambar sisi lembik kau. Huah huah huah!
Saya ada adik. Namanya Daniel. Dia suka cakap. Cakap tak henti-henti bila mood baik dia datang. Cakap pulak cakap lepas. Banyak kali dah kantoi dengan dia. Kalau bab lain tak apa. Tapi kantoi macam...dia akan buat pengumuman tanpa disedari sebab cakap kuat kuat seperti:
" Akak, kenapa akak dah tak nak kawan dengan Abg Zad dah..."
" Biar Daniel jelah kawan dengan Abg Zad"
" Akak ni suka sangat dengan Abg Zad, asyik talipon je"
" Mama, hari tu Abg Zad jemput Daniel balik sekolah"
Anis, kalau awak marah nanti akak padam gambar ni.
" Akak ingat tak masa tu Abg Zad belikan saya Milo pastu dia
suruh Daniel duduk atas kaki dia... bla...bla...bla...bla..."
Sangat tak menyelesakan sebab dia cerita kat tengah tengah alam, kat perhimpunan segala satu keluarga datuk nenek okay.
Huah! Padan muka daniel. Boo sama dia...
Kemudian lagu tu mama salah nyanyi, dia bising bising. Kau tanya akak pun sah akak tak tau lagu yang kau maksudkan tau tak. Sedang mama sibuk mencari lagu yang betul, daniel request pada saya...
Daniel : Ala akak.. janganlah balik lagi. Cepat sangat nak balik.
Cik Chemp : Ala akak kena balik lah, ni pun nak ambil barang je.
Daniel : Yeke, akak balik asrama (universiti) tu nak jumpa Abg Zad la tu.... (-_-')
Cik Chemp : Haih, mana ada. Akak balik U nak berlajar lah.
Daniel : Yeke, tapi kan 'waktu rehat' akak mesti jumpa Abg Zad....
Cik Chemp : .......
Mama masih meneruskan kerja kerja dapur seperti biasa. Buat buat tak dengar.
Dah lama tak dengar 'waktu rehat'...
Sekian, habis.
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE
7 ulasan:
ksian gambar die yang kne edit tuh..jadi gugurl..hehhehee
hahaha...
comel adik cik chemp ni..hehehehe
daniel sgt comel...teruskan usaha menyakat kakak kamu...
akak sukaa...^^
haha comelnya dia!! mengusik akak dia :P
SaLaM DeaR...
HeHe!~ iNGatKaN TeRM aPa La..
YanG PaSaL FoLLoWeRS Tu, RaJiN2 La PRoMoTe eNTRy KaT PaGe2 BLoGGeR YaNG aDa Kat FB... iNSYaALLAH, RaMai YanG BKuNJuNG DaN FoLLoW... SiS JoiN HaMPiR 20 FaNPaGe BLoGGeR MaLaYSia KaT FB... n STiaP HaRi SiS Buat eNTRY BaRu n PRoMoTE Kat SeMua FaNPaGe Tu...
LaGi SaTu, RaJiN2 La TeRJah N TiNGGaLKaN KomeN KaT BLoG oRaNg... (^_____^)
haha..loceng dh bunyi..jom rehat.
Catat Ulasan