17 Mei 2011

Sahabat ke La**nat? Nak Cuba Check

Salam,




Saya nak luahkan pendapat je ciri-ciri yang ada sebagai seorang sahabat. 
Ini pendapat saya je. Tafsiran mungkin lain bagi setiap individu. 

Ini geng saya masa sekolah dulu. 
Dak surau panggil kami Geng Gagak Hitam dan selalu kena boo. 
Apasal hah? Kami sikit punya ayu gitu. Lalalala...



1. Tak Cepat Sentap
Kalau awak cakap dia bodo, sengal, selenge pun dia tak cepat marah. Best woo. Sahabat ni ni tak payah nak kena jaga perasaan sangat. Tak yah cover-cover.  



2. Gurau Sesuka Hati
Berkaitan dengan point no satu. Awak gurau macam mana pun, dia tak amik peduli. Camni lah sahabat. Kalau sikit pun nak terasa suruh dia kawan dengan dak umur 3 tahun. Lempang nak?



3. Tak Berkira
Duit ke tenaga ke, selagi dia mampu ata tak ada hal penting yang lain, cepat je dia bantu. "Aku bayar untuk kau, esok kau bayar untuk aku" ni pun ciri-ciri sahabat bagi saya. Tapi jangan lah kita mudah ambil kesempatan pulak. Kalau masing-masing student, hulur hulurlah duit minyak ke duit topup ke.



4. Sentiasa Ada
 Then, walau korang dah 6 bulan tak contact sebab busy, tapi bila free semua on je. Tak banyak alasan. Bagus sahabat macam ni. Ini tak, awak nak belanja KFC je pun tak sampai sejengkal dari rumah tapi dia bagi alasan malas nak keluar rumah. Minggu berikutnya pun sama. Kalau dah macam tu awak padam je no. hp dia kat hp awak tu.



5. Faham Perangai
Sahabat yang best bile memahami perangai semula jadi awak yang memang tak boleh nak ubah sejak kecil. Nak buat macam mana? Contohnya, saya tak selesa bila bukak lampu banyak-banyak bile nak tidur. Tak ada kompromi lagi. Sahabat awak kena faham lah. 



6. Dahulukan Sahabat
Buat apa dia mesti dahulukan awak. Nak plan picnic kecil-kecilan dengan kawan-kawan pun mesti bagitau awak dulu. Bukan esok dah nak pergi baru malam tu dia nak ajak. Ajak ayam lah tu. Sahabat tak akan membelakangkan kawannya. Kalau dia macam tu awak patut terasa okey.



7. Ambil Hati
Tak kan tiap pagi bangun je awak nak kena mulakan dulu, nak tegur dia nak gurau dengan dia. Kalau awak tak mulakan sampai ke petang dia tak bercakap dengan awak. Bukan gaduh bukan merajuk tapi habit. Ada apa hal? Pendiam boleh tapi jangan jadi 'pembosan'. 



8. Tak Tau Malu
Salin baju depan dia pun tak jadi masalah. As long as tak dedah aurat. Tau kan aurat perempuan dengan perempuan macam mana. Pastu nak bercerita perihal dalam kain orait je. Yelah bincang-bincang hal kesihatan apa salahnya. Kalau sahabat awak lelaki sila abaikan point ini.


9. Tak Selfish
Apa-apa info cepat je dia bagitau awak dahulu. Bukan peram je info tu jadi jeruk pekasam. Pastu bila kantoi dia jawab " aku ingat kau dah tau dah kelas tu postpone ke tahun depan.." hahaha. 


10. Gelak Tangis Sama-Sama
Kalau awak mengadu kereta awak kemek tak tau siapa buat, sahabat cepat-cepat buat interested nak tau cerita lebih lanjut. Bukannya jawab "so...?" bak kata Namee Roslan. Sahabat patut kutuk dan maki sekeras-kerasnya siapa yang buat macam tu kat kereta awak. Then dia jugak lah yang nasihat awak supaya sabar.




Sekarang awak check lah ciri-ciri ni ada tak pada kawan awak? Kalau lebih 5 ciri ni ada, dia bukan kawan tapi sahabat. Kalau satu pun tak ada dia lahanat. Kasarnya bahasa. Kengkadang bahasa kena kasar supaya mesej sampai. Ayam Jemaeen yang ajar hehe.




XOXO, Chempaka Sari 




 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

12 ulasan:

BroZooL berkata...

Sahabat gembira senang nak dicari tapi sahabat yg berkongsi duka bersama susah nak cari..kadang2 sahabat boleh makan sahabat..realiti sekarangkan azza?

Azza Azman berkata...

Betul tu brozool aka azizul. Susah nak cari kawan yang susah sama2. Kengkadang lebih baik menyendiri je.

Eh, saya tak abes lagi edit post hehe awak dah komen.

Teha Nur Fateha berkata...

kawan sng nak cari sahabat susah nak cari.. jom nyanyi lagu sahabat!

Azza Azman berkata...

@teha:

lagu sahabat macamna?

jap nak tanya lagu pulangkan pulak macamne? daniel selalu suruh nyanyi. bila nyanyi yang pulangkan misha omar nyanyi tu daniel kata bukan.


lagi satu nak tanya "Mister Linky's Magical Widgets" awak tu mana nama yang color merah tu ape maksud dia?

Teha Nur Fateha berkata...

byk ngat soklannye.. lagu sahabat byk la.. lagu aizat ada lagu brother ada.. pulangkan daniel tu xtau la plk komenye..

master linky yg color merah tu maknanya yg kome dah singgah..gitula gamoknye..

Teha Nur Fateha berkata...

maksudnya yg kite dah pnh pegi..

Teha Nur Fateha berkata...

yg kita penah klik..

atiqa aris berkata...

betol la kan.tp susa nk carik kwn camtu.huhu

Sha. N. berkata...

Azza, mcm mana ko buat gif gambar tu?nice entry n pix.=)

BroZooL berkata...

@CS : yeke? ingatkan azza letak gambar yang tu jer..hehe. xperla,sama jer kan komen yg diberi...=)

Ct Hajar ♫ berkata...

chopp choop camna nak buat gambar bergerak tuh?


tunjuk ajar plis hehehe =')

Azza Azman berkata...

kamu install je photoscape then edit di animated gif...